Piagam Pelanggan

Perkhidmatan Cekap, Mesra, Profesional dan Berintegriti
Logo KPT
Logo JPT
Logo EM Indonesia

PIAGAM PELANGGAN

PEJABAT EDUCATION MALAYSIA INDONESIA

VISI

Menjadikan Malaysia Sebagai Hab Pendidikan Serantau Dan Antarabangsa Yang Unggul.

MISI

Memartabatkan Pengajian Tinggi Malaysia Melalui Promosi Global, Perkhidmatan Pendidikan Yang Cemerlang Dan Pengukuhan Jaringan Antarabangsa.

PIAGAM PELANGGAN

Sebagai Warga Kerja Pejabat Education Malaysia Di Indonesia, kami berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, profesional dan berintegriti Berdasarkan Prinsip Berikut:

1
KHIDMAT PELAJAR MALAYSIA
  • Menyediakan sokongan dan bimbingan kepada pelajar Malaysia di negara liputan secara cekap dan responsif dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Menangani aduan dan isu pelajar dengan adil, sulit dan telus dalam tempoh tidak melebihi 5 hari bekerja.
  • Menjalankan pemantauan dan engagement berkala dengan persatuan pelajar Malaysia sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
2
PENGURUSAN AKTIVITI PELAJAR
  • Membimbing dan memudah cara aktiviti pelajar Malaysia di negara liputan dalam bidang akademik, kebajikan, kesukarelawanan, sukan dan kebudayaan.
  • Menyediakan bimbingan permohonan geran/kelulusan aktiviti dalam tempoh 7 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
  • Menyokong program pelajar yang berimpak tinggi serta memperkukuh nilai Kepimpinan, Patriotisme dan Jaringan Komuniti.
3
PROMOSI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
  • Mengurus dan menyertai sekurang-kurangnya 6 aktiviti promosi pendidikan tinggi Malaysia setahun di Indonesia.
  • Memberikan maklumat tepat dan terkini berkenaan program, institusi dan peluang biasiswa dalam tempoh 2 hari bekerja selepas permintaan diterima.
4
PROGRAM EDUTOURISM: MYEduTour: DISCOVER MALAYSIA
  • Merancang dan melaksanakan program Edutourism MalaysiaIndonesia yang mempromosikan pelancongan akademik dan budaya, sekurang-kurangnya 2 program setahun.
  • Menyokong agensi dan institusi yang ingin menganjurkan lawatan akademik ke Malaysia dengan menyediakan maklumat dan sokongan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permintaan diterima.
5
URUSAN PELAWAT AKADEMIK & PROGRAM MOBILITI
  • Membantu urusan lawatan akademik, mobiliti staf dan pelajar antara Malaysia dan negara liputan dengan menyediakan surat maklum balas rasmi dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima
6
PENGURUSAN ALUMNI
  • Menyediakan platform jalinan antara alumni institusi pengajian tinggi Malaysia yang berada di negara liputan melalui aktiviti tahunan seperti Reunion Alumni, sesi jaringan profesional dan program sosial dengan sasaran minimum 2 program setahun.
  • Menyokong pembangunan komuniti Alumni Malaysia di negara liputan melalui sokongan promosi, pengiktirafan sumbangan dan kerjasama strategik.
7
PENGANTARABANGSAAN & KERJASAMA STRATEGIK
  • Menjalin hubungan kolaboratif dengan institusi pendidikan dan agensi di negara liputan secara aktif untuk memperkukuh kerjasama dua hala, dengan sasaran minimum 12 kunjungan/Perbincangan setahun.
  • Memberi maklum balas awal terhadap cadangan kerjasama akademik dalam tempoh 5 hari bekerja
8
PENGURUSAN & KEWANGAN
  • Mengurus dana kerajaan dengan berhemah, teratur dan mematuhi prosedur kewangan semasa.
  • Menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan secara telus, tepat dan boleh diaudit
9
PERKHIDMATAN DEWAN MALAYSIA JAKARTA (DMJ)
  • Menyediakan kemudahan penginapan, bilik mesyuarat, dewan serbaguna dan ruang acara kepada pelajar, pegawai kerajaan dan tetamu rasmi.
  • Memproses permohonan tempahan kemudahan DMJ dalam tempoh 3 hari bekerja selepas penerimaan borang lengkap.
  • Menyediakan kemudahan yang bersih, selamat, terurus dan mesra pelanggan mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan.
  • Menyediakan SOP penggunaan fasiliti dan memastikan pengguna mematuhi garis panduan penggunaan ruang awam dan asrama.
  • Menyediakan resit rasmi, laporan penggunaan dan penyata kewangan kepada pelanggan dan pihak audit apabila diperlukan.
10
KETULUSAN & INTEGRITI
  • Menjamin bahawa setiap urusan dan keputusan dilaksanakan secara beretika, telus dan bebas daripada sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.

KOMITMEN KAMI

Kami komited untuk menambah baik mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa demi menyokong agenda pendidikan tinggi Malaysia di peringkat antarabangsa.