Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI)

An Education Gateway Like No Other

Mengenai PKPMI

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) merupakan sebuah badan organisasi rasmi yang ditubuhkan untuk menjaga hal-ehwal dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia. PKPMI adalah satu-satunya persatuan pelajar yang diiktiraf oleh Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta, Indonesia dengan Penasihat kepada PKPMI adalah TYT Duta Besar Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1945 sebagai Kesatuan Pelajar-Pelajar Malaya (KPM), organisasi ini berkembang menjadi HMPI pada 1965, sebelum akhirnya dikenali sebagai PKPMI pada 18 Mei 1968. Pegawai Education Malaysia Indonesia (EMI) juga bertindak sebagai Penasihat dalam Struktur Organisasi PKPMI.

Jangkauan Nasional

Menguruskan kebajikan lebih daripada 1,175 pelajar Malaysia yang tersebar di 13 cawangan dan 3 perwakilan di seluruh universiti di Indonesia.

Logo PKPMI

Berilmu, Beramal, Bersatu


Visi

“Meneraju Kebersamaan dan Kecemerlangan Mahasiswa Malaysia di Indonesia”

Misi
  • Mengutamakan kebajikan dan kesepaduan komuniti mahasiswa.
  • Memperkasakan pembangunan akademik, sahsiah, dan kepimpinan.
  • Meningkatkan hubungan strategik dan jati diri nasional.

Struktur Organisasi

Struktur Organisasi PKPMI

Nilai Kebersamaan (Sahabat Malaysia)

Semangat Perpaduan
Azam Kebersamaan
Harmoni Dalam Kesatuan
Aspirasi Pembaharuan
Amanah & Kredibiliti
Tanggungjawab & Integriti

Hubungi PKPMI Pusat

Email Rasmi

pusat.pkpmi@gmail.com

Instagram

@pkpmiofficial

Facebook

PKPMI Official

Telegram

PKPMI Pusat

Kekal Berhubung

Sertai saluran rasmi kami untuk maklumat terkini kebajikan pelajar Malaysia di Indonesia.